Friday 15 July 2011

SINOPSIS APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA

Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik, dan meningkatkan literasi maklumat .Penggunaan komputer dalam pengajaran BM dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi. Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran BM. Guru BM sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar.

Pada dasarnya, konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer (PBBK)dilaksanakan dengan pelajar berinteraksi dengan bahan yang tersedia di dalam komputer. Pelajar akan menggunakan bahan tersebut dengan bantuan guru.

Bahan bantu mengajar jenis elektronik dikaitkan dengan PBBK kerana keperluannya dalam pengajaran tersebut. Selain penggunaan projektor LCD, penggunaan bahan bantu elektronik yang lain juga mampu meningkatkan minat dan pemahaman pelajar.

Dapatan kajian menunjukkan, penggunaan komputer dalam pengajaran dapat menambahkan minat pelajar terhadap BM. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat pelajar yang pandai lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer di dalam pengajarannya .

Guru BM perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru .Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa harus kerap dilakukan oleh guru BM. Contohnya penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan .

Namun begitu guru BM haruslah memilih perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Kajian juga menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatian pelajar. Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran BM juga adalah positif dan penggunaan komputer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan BM.

Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

7 comments:

  1. penggunaan ict dapat menambahkan lg minat pelajar untuk terus belajar
    http://adzlinadnan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Guru-guru pun kena bijak ICT , baru dapat aplikasi dlam p&p......baru berkesan .

    ReplyDelete
  3. Pengajaran menggunakan ict dapat menarik minat murid.Guru perlu mendalami ilmu ict untuk melaksanakan p&p melaui penggunaan ict.

    ReplyDelete
  4. Apa yang penting adalah anjakan paradigma guru itu sendiri dalam memastikan keberkesanan p&p.

    ReplyDelete
  5. penggunaan ict dlm p&p memang seronok dan dapat menarik minat para pelajar serta membuat seseorang guru bijak dalam bidang ICT

    ReplyDelete
  6. ICT adalah elemen penting dalam P&P pada masa kini.

    ReplyDelete
  7. Pengajaran & pembelajaran menggunakan ICT memang menarik minat murid. Terpulang kepada guru menggunakan kekreatifannya.

    ReplyDelete